Friday, January 21, 2011

Itu Ini Begitu Begini



Aku Tolong Ingatkan

Aku dengan rasa rendah dirinya ingin berdiam diri dengan apa yang berlaku pada Anugerah Juara Lagu(AJL) yang ke-25 yang diadakan baru-baru ini. Tidak mau beri komen apa-apa. Masa tayangannya secara langsung pun aku hanya sekadar melihat persembahan Yuna. Lepas tu aku hanya melihat beberapa babak seterusnya secara tersekat-sekat. Sebabnya bapa aku dengan menggunakan kuasa mutlak mengalihkan rancangan ke channel supersports untuk melihat pasukan kegemarannya beraksi-Manchester United menentang Liverpool. Iya, satu perlawanan yang agak ‘panas’ musim ini tapi apa yang menarik? Liverpool  pada kasarnya musim ini menampakkan kepincangan percaturan mereka di atas padang. Sama ada masalah pemain ataupun manager hanya teman aku, Rajis yang lebih rajin mengikut perkembangan pasukan kegemarannya itu. Kena tanya dia. Kompom kau dapat ‘jawaban’ yang tepat! Hahaha.

                So, cerita pasal AJL tadi. Aku seperti petikan di atas hanya berkata ‘owh..’ bila Sheryl Samad mengumumkan Ana Raffali menjadi juara untuk AJL yang ke-25 ini. Neuron-neuron dalam tempurung kepala aku terus secara spontan menjadi aktif untuk mencari maklumat tentang Ana Raffali. Siapa Ana Raffali? Soalan yang mengiringi rasa terkedu aku ketika itu. Memori aku langsung tidak dapat mengesan siapa Ana Raffali. Seperti yang aku katakan, aku tidak mengikuti rancangan secara langsung itu, sebaliknya menggantikan aktiviti itu untuk mengutuk di laman social bersama rakan lama; Tuntung aka Raja Effy. Yuna selaku persembahan pertama yang sempat aku tonton. ulasan aku... not bad... yeah.. aku lebih tertarik dengan humor-humor ringan tapi berkesan yang dilakukan oleh tiga ekor pengacara majlis pada malam itu.

               Selepas melihat kelibat Ana Raffali menaiki pentas lantas memberi ucapan ala-ala menang Oscarnya* aku terus masuk bilik balik dan cari lagu yang juara itu dalam Youtube. Memang sepantas F1, aku jumpa. Dan yang lebih menyeronokkan klip videonya di iringi dengan komentar-komentar yang membuatkan aku senyum kambing. Ada yang puji, ada yang kutuk, ada yang beri peringatan, ada yang nasihat dan macam-macam ada… Apa yang menarik perhatian aku satu mamat tu tulis;
‘kalau ye pun berilah ucapan syukur terhadap Allah terlebih dahulu. Hang jangan lupa yang hang tiada sepa kenal sebelum ni. Dan Allah yang Maha Kuasa telah memberikan anugerah. Sekelip mata je hang menjadi popular sekarang ni.’

               Selepas muat turun klip tersebut aku cuba mainkan tanpa henti untuk menerima ritmanya. Mungkin gelombang muzik jenis ini yang tengah bergelora pada industri muzik tanahair sekarang ni, fikir ku. Yeah, yang macam ini. Err.. seorang gadis yang mampu menyanyi sambil bermain alat muzik. Mungkin begini. Bukan lagi seperti tahun 90an yang hanya menumpukan kelunakan suara semata-mata. Sila senaraikan sendiri artis-artis yang menjuarai AJL dalam era tersebut dan cubalah nilai kualiti suara mereka. Dan kehadiran Kak Siti kita terus memecah dogma itu dan meninggalkan Kak-Kak yang lainnya seperti; Ziana Zain**,Ramlah Ram, Aisyah dan et cetera yang lain. Jadi Jaclyn Victor? Owh, maaf, kehadirannya agak terlambat seabad dua.
                Sebenarnya aku lebih prefer untuk diam. Walaupun selepas aku melihat status Shamimi Othman, seorang ‘teman’, di dinding laman Facebooknya yang meluahkan bahawa betapa tidak setujunya dia dengan keputusan para juri yang bertugas yang dianggap luas pengetahuan tentang muzik mengangkat Ana Raffali menjadi juara. Bila ada satu dua orang membidas dia dengan slumber bebenya membalas balik ‘heh. Kebebasan bersuara bro..’

Aku tengok macam semakin lama aku bagitahu yang aku diam semakin panjang entri ini. So, entri ini sebenarnya wujud hanya selepas rakan-rakan aku; Erfan dan Quek berbincang (sebenarnya protes!) dengan gaya-gaya ahli parlimen Batu Sapi tentang perkara ini pada malam ahad lalu di sebuah gerai dekat Asia City, Kota Kinabalu. Mungkin penat selepas gig jadi aku tak berapa ambil perhatian sangat tentang ketidakpuashatian dorang dengan AJL tahun ni. Yang paling nyata segala maki hamun itu khas ditujukan pada artis yang bernama Hafiz. Pengaruh Black Metal dorang masih melekat selepas gig tadi. Hahaha. Aku sambil-sambil menyental nasi goreng pattaya hanya mengiyakan saja pendapat lancang mereka tanpa prejudis sambil sesekali menolehkan kepala kearah TV yang tergantung di belakang aku.
‘sepatutnya Black yang menang vokal terbaik!’ tegas si Quek. Dan disupport sepenuhnya oleh si Erfan. Semakin lama semakin aku tidak paham dengan dogma mereka. Aku tidak berani untuk mengulas sesuatu yang aku sendiri belum kaji sepenuhnya. Yalah, AJL ini. Seperti yang aku cakap awal-awal di atas. Bukan sebab boikot. Tapi sebab nilah. Ber’teorem pitagoras’!!!
Mahu saja AKU TOLONG INGATKAN mereka yang ketua juri pada malam itu ialah Sifu M. Nasir. Ya! nampak sangat masyarakat kita masih belum boleh terima ahli-ahli 'underdog'!!!

*kalau kau tengok pemenang-pemenang di anugerah Oscar lebih kurang begini la ucapannya.
**kak Ziana Zain. Rasa teruja aku lebih kepada beliau di malam anugerah tersebut. 'Long Live Ziana Zain!!!'
~baru perasan yang lagu kalau berpacaran oleh Suhaimi Meor Hassan itu rupa-rupanya menggunakan Ana Raffali sebagai pasangan duet selain Altimet selaku suara 'nafsu serakah'~

~nah, mungkin ini boleh mengingatkan kau yang kau terlupa untuk bersyukur~