Wednesday, January 8, 2014

Cerita Dari Meja

Bulan Disember 2013, setiap hujung minggu aku tidak habiskan masa libur di rumah seperti kebiasan. Hanya minggu pertama di tahun baru ini aku berada di ruang konti dapur.

Ianya malam. Tidak berapa malam. Dalam sekitar jam 8 malam. Aku lewati meja makan yang dihuni sekujur tubuh bersaiz dua pelukan -seorang wanita - ibu kepada anaknya yang naik perawan.

"Hey.." dia menegurku. Aku yakin dia memanggil aku kerana jarak antara kami hanya beberapa langkah. Aku memalingkan muka dalam 90 darjah. Aku melihatnya yang menelan kudapan yang berada di hadapnya sebelum dia menyambung kalimahnya.

"Cinta mu yang dulu tu... siapa tu namanya..?" aku kaget dan seperti mahu cepat-cepat beredar dari situ. Belum sempat aku merialisasikan niat dia menyambung.

"yang anak Hajah Laila tu.. sudah kahwin kan? Ada dia jemput kau?"

Ianya malam. Tidak berapa malam. Dalam sekitar jam 8 malam. Aku mandi tanpa sedar memberus gigi dua kali. Diikuti dengan niat - "Minggu depan aku tak nak balik rumah!" dalam hati.

# Aku masih terfikir dari mana kakak aku yang satu ini dapat info? sahih ke? WTF!

Monday, January 6, 2014

Prologue

#SMS pertama

Ada 3 bungkus me segera jenama mee sedap di atas pantry. Aku syak ia kepunyaan si Hussien lahabau itu. Petang tadi dia ajak aku pergi ke rumah keluarga abang dia menyambut tahun baru. Pelawaannya aku tolak dengan penuh sopan santun – mengunci pintu bilik aku dan diam sementara dia menjerit-jerit di luar memanggil dan mengajak aku keluar.

Hanya berbaki beberapa minit saja lagi. Air yang kupanaskan sudah mendidih. Aku masukkan sebungkus me segera berjenama me sedap itu ke dalam periuk yang berisi air mendidih. Tersekat 82km dari Bandar fikiran aku hanya menumpukan me segera yang ku tuang ke dalam air panas mendidih segera masak.
2 minit. Ia sepatutnya sudah masak. Terlalu masak boleh membuatkan mee segera menjadi lembik. Dan aku tidak suka makan mee segera yang lembik. Dam-dam-dum bunyi mercun di angkasa. Menandakan waktu telah pun tepat ke 12 tengah malam. Tahun sudah pun bertuka dari 2013 ke 2014. Kampong dato Bung Mokhtar Raden ini memang kaya. Bunga api menerangi alam. Dari luar jendela dapur ini. Dari luar jendela bilik aku pun sama. Apa neraka! Tadi awalnya aku terfikir hanya di Bandar saja yang punya pesta bunga api sebegini. Masih aku ingat tahun lepas punya pesta. Aku meraihkan pemandangan bunga apa dari atas bukit berdekatan laut. Jelas kelihatan Bandar disinari percikan bunga api yang memukau. Berbeza tahun ini.

Aku tinggalkan me segera yang pada perkiraan aku sudah masak itu begitu sahaja. Aku berlari ke bilik dan mengeluarkan Canon EOS M dan letakkan pada permukaan jendela. Aku ingin memberkas imej bunga api. Seketul-seketul naik dan memancarkan bunga yang berapi. Mempesonakan. Ah.. apa aku buat ni? Me segera aku terbiar begitu sahaja.

Aku tus air me segera yang berjenama me sedaap itu. Kemudian kutuang ke pinggan me-nya. Ku gauli lembut me segera berjenama me sedaap itu dengan perencah-perencahnya yang juga berjenama me sedaap. Aku panaskan kuali dan menggoreng sebiji telur sebagai pelengkap santapan terakhir aku pada malam itu.
Me sedap yang berjenama me sedaap sedia untuk dijamah. Aku jamah. Nikmat menyelubungi aku pada malam itu.

Pukul 12:55 malam. Telefon bimbit aku bergetar. Aku sengaja menyahbunyikan telefon bimbit aku. Sudah lama. Ianya sms. Khidmat pesanan ringkas. Ya. Bukan wassapp. Bukan we chat. Bukan Instagram atau yang sama waktu dengannya. Aku sengaja tidak aktifkan talian data internet dalam telefon bimbit aku. Sengaja. Bukan pasal bil tidak berbayar tapi aku sengaja.

“Hey. Selamat Tahun Baru 2014!”


Ucapan melalui sms pertama yang aku terima pada tahun ini. Dan ianya tetap satu-satunya.