Bulan Disember 2013, setiap hujung minggu aku tidak habiskan masa libur di rumah seperti kebiasan. Hanya minggu pertama di tahun baru ini aku berada di ruang konti dapur.
Ianya malam. Tidak berapa malam. Dalam sekitar jam 8 malam. Aku lewati meja makan yang dihuni sekujur tubuh bersaiz dua pelukan -seorang wanita - ibu kepada anaknya yang naik perawan.
"Hey.." dia menegurku. Aku yakin dia memanggil aku kerana jarak antara kami hanya beberapa langkah. Aku memalingkan muka dalam 90 darjah. Aku melihatnya yang menelan kudapan yang berada di hadapnya sebelum dia menyambung kalimahnya.
"Cinta mu yang dulu tu... siapa tu namanya..?" aku kaget dan seperti mahu cepat-cepat beredar dari situ. Belum sempat aku merialisasikan niat dia menyambung.
"yang anak Hajah Laila tu.. sudah kahwin kan? Ada dia jemput kau?"
Ianya malam. Tidak berapa malam. Dalam sekitar jam 8 malam. Aku mandi tanpa sedar memberus gigi dua kali. Diikuti dengan niat - "Minggu depan aku tak nak balik rumah!" dalam hati.
# Aku masih terfikir dari mana kakak aku yang satu ini dapat info? sahih ke? WTF!
Lebih baik aku tak setuju tapi aku paham, dari aku setuju tapi aku tak paham...PAHAM?!
Wednesday, January 8, 2014
Monday, January 6, 2014
Prologue
#SMS pertama
Ada 3 bungkus me segera jenama mee sedap di atas pantry. Aku
syak ia kepunyaan si Hussien lahabau itu. Petang tadi dia ajak aku pergi ke
rumah keluarga abang dia menyambut tahun baru. Pelawaannya aku tolak dengan
penuh sopan santun – mengunci pintu bilik aku dan diam sementara dia
menjerit-jerit di luar memanggil dan mengajak aku keluar.
Hanya berbaki beberapa minit saja lagi. Air yang kupanaskan
sudah mendidih. Aku masukkan sebungkus me segera berjenama me sedap itu ke
dalam periuk yang berisi air mendidih. Tersekat 82km dari Bandar fikiran aku
hanya menumpukan me segera yang ku tuang ke dalam air panas mendidih segera
masak.
2 minit. Ia sepatutnya sudah masak. Terlalu masak boleh
membuatkan mee segera menjadi lembik. Dan aku tidak suka makan mee segera yang
lembik. Dam-dam-dum bunyi mercun di angkasa. Menandakan waktu telah pun tepat
ke 12 tengah malam. Tahun sudah pun bertuka dari 2013 ke 2014. Kampong dato
Bung Mokhtar Raden ini memang kaya. Bunga api menerangi alam. Dari luar jendela
dapur ini. Dari luar jendela bilik aku pun sama. Apa neraka! Tadi awalnya aku
terfikir hanya di Bandar saja yang punya pesta bunga api sebegini. Masih aku
ingat tahun lepas punya pesta. Aku meraihkan pemandangan bunga apa dari atas
bukit berdekatan laut. Jelas kelihatan Bandar disinari percikan bunga api yang
memukau. Berbeza tahun ini.
Aku tinggalkan me segera yang pada perkiraan aku sudah masak
itu begitu sahaja. Aku berlari ke bilik dan mengeluarkan Canon EOS M dan
letakkan pada permukaan jendela. Aku ingin memberkas imej bunga api.
Seketul-seketul naik dan memancarkan bunga yang berapi. Mempesonakan. Ah.. apa
aku buat ni? Me segera aku terbiar begitu sahaja.
Aku tus air me segera yang berjenama me sedaap itu. Kemudian
kutuang ke pinggan me-nya. Ku gauli lembut me segera berjenama me sedaap itu
dengan perencah-perencahnya yang juga berjenama me sedaap. Aku panaskan kuali
dan menggoreng sebiji telur sebagai pelengkap santapan terakhir aku pada malam
itu.
Me sedap yang berjenama me sedaap sedia untuk dijamah. Aku
jamah. Nikmat menyelubungi aku pada malam itu.
Pukul 12:55 malam. Telefon bimbit aku bergetar. Aku sengaja
menyahbunyikan telefon bimbit aku. Sudah lama. Ianya sms. Khidmat pesanan
ringkas. Ya. Bukan wassapp. Bukan we chat. Bukan Instagram atau yang sama waktu
dengannya. Aku sengaja tidak aktifkan talian data internet dalam telefon bimbit
aku. Sengaja. Bukan pasal bil tidak berbayar tapi aku sengaja.
“Hey. Selamat Tahun Baru 2014!”
Ucapan melalui sms pertama yang aku terima pada tahun ini. Dan
ianya tetap satu-satunya.
Subscribe to:
Posts (Atom)