Monday, May 20, 2013

Ada Perkara Yang Aku, Kau Takkan Paham


Ikan Masak Tauchu

“kau perlu kahwin Man…”

Aku berpaling. Pelan-pelan Usin menghampiriku. Tidak berbaju seperti biasa. Cuma kali ini dia mengenakan seluar track. Kadang-kadang hanya berspender bila berada di rumah.

Aku senyum. Melontar kembali pandanganku ke luar jendela. Menarik pelan-pelan rokok yang sudah hampir ke garis penghabisan. Fikiran aku melilau mencari kembali khayalan ku yang tadi berselerak sejurus sapaan Usin yang sedikit mengejutkan aku itu.

“Kalau macam aku ni kan, aku rasa bagus lagi hidup bujang. Bukan apa, bini aku ni susah.” Aku pandang tubuhnya yang gempal. Dalam bilik aku yang hanya disirami cahaya lampu kalimantang dari ruang tamu, mimik mukanya tidak kelihatan jelas semasa dia menyuarakan keluhan.

“Tahun berapa kau kahwin tu Sin?” Aku sengaja memotong ayatnya dengan soalan yang membuatkan dia seperti tercekik tertelan kata-katanya yang tidak sempat dia luahkan.

“Err… tahun 94. Umur aku 21.” Otaknya mengaplikasikan soalan aku. Aku angguk perlahan. Mengiyakan fakta itu. Sejak 10 bulan lalu tinggal bersama-sama Usin di rumah kedua kami ini, adalah dalam dua tiga kali dia bercerita tentang perjalanan hidupnya – sedari bujang hingga sekarang beranak lima.

Aku tau dua tiga minggu ini rumahtangganya sedikit goyah. Tidak pula aku dapat sahihkan punca sebenar kerna bukan bidang aku untuk menyelak tepi kain dorang. Impak dari krisis itu dia tidak merasa gajinya bulan ini berikutan isterinya yang mogok memegang kesemua akaunnya. Dan sudah dua minggu juga isterinya tidak ikut bersama tinggal di sini.

“Aku ingat aku mau kahwin la Man.”

Aku pacik puntung rokok aku yang sepatutnya ada dua tiga pam lagi boleh disedut.

“biar dia rasa. Isteri aku ni mau kena ajar sikit.” Aku diam.

“tapi susah juga Man. Cewek aku sekarang ni tiada kerja.”

“eh, dia nda mengajar lagi?” Aku soal. Menampakkan sedikit minatku untuk melayan keluhannya.

“nda sudah. Berhenti dia. Nda tau kenapa…” Sambil tangannya menyapu-nyapu perutnya yang persis ibu mengandung 8 bulan.

“Kalau kau mau kau ambik la Man..” Aku mulai rasa tidak selesa dengan cadangan itu.

“Gila kau. Mana aku kenal tu..” aku cuba menepis dengan alas an yang rapuh.

“ui, cantik bah Man. Kau tau susunya putih. Nampak paip-paip biru di sekitar susunya.” Aku tergamam. Merenung aksi si Usin memicit-micit susunya untuk meyakinkan aku metafora yang baru disebutnya tadi –‘ paip-paip biru’ yang membawa maksud urat-urat yang kadang kelihatan ke atas sesorang yang berkulit putih mulus. Fikiran aku terus mengadaptasi metafora itu. Terbayang tubuh wanita-wanita porno melakukan aksi yang mengghairahkan. Celaka! Macamana aku boleh membayangkan itu. Sedangkan yang menggayakan aksi itu -  berdiri di depan aku ini seorang laki-laki yang berwajah Mike Tyson. Ergghhh!!!

“Dusun* campur sungai bah tu Man…” tambahnya seakan-akan menambah sedikit rencah untuk menyedapkan sebuah hidangan yang sememangnya tidak menyelerakan.

Aku capai tuala yang bersidai di tepi jendela.

“ke mana kau?”

“Mandi.” Aku meninggalkan si Usin dengan sengih kerangnya.

Sampai di pintu antara dapur dan bilik mandi, aku memandang dapur yang tidak berasap. Neuron-neuron otak aku seperti bercantum dan menyalakan lampu idea.

“IKAN MASAK TAUCHU!” aku terjerit kecil. Gembira kerna khayalan ku yang terganggu pada mulanya tadi itu ialah membayangkan cara-cara memasak ikan masak tauchu untuk dijadikan lauk malam ini. Aku berjaya mengingatinya semula. 


~*gadis dusun memang mudah menarik perhatian aku. %^&*

Tuesday, May 7, 2013

Sudut Mari Bercerita

Masa : 11:55 pm
Cuaca : Suam-suam kuku
Mood : Tak menentu
Lokasi : Bilik lantai simen dinding kayu

Adat orang Islam (Melayu?) mesti bagi salam sebagai pembuka kata. Assalamualaikum atau sejahtera ke atas kamu. Aku berjaya paksa jari-jari aku yang tidak semuanya lincah atas papan abjad ini untuk menulis (menaip) sesuatu. Ya, sudah hampir satu ratus lima puluh juta kali aku berniat untuk mengaktifkan ruangan ini. Aku tau satu ratus lima puluh juta kali tu ayatnya memang biasa kau dengar. Lagu dari budak pakai tudung yang campin main gitar sambil menyanyi dengan gigi besi tu. Tapi bukan pasal dia aku mau jadikan topik di sini. Biar la aku mulakan secara spontan (malas dan tiada idea sebenarnya) untuk bercerita tentang seekor kucing. Ya kucing! kucing jalanan yang menghuni di sekitar tangga rumah ke 2 aku ini. Jadi apa istimewanya kucing jalanan ini? begini ceritanya...

 Tadi masa rest sejam aku naik atas. Rumah aku la. Opis aku di bawah. Kudapati 3 ekor anak kucing bersaudara (aku tau mereka bersaudara kerna pattern bulu mereka tak jauh beza) sedang berhimpitan antara satu sama lain. Dari bulu mereka yang tidak sempurna, aku mengandaikan mereka sedang mengumpul haba dan berkongsi kehangatan yang terhasil dari tindihan badan mereka masing-masing untuk melawan dinginnya lantai simen yang menjadi alas mereka bergelimpangan. Aku lantas menyeluk saku seluar licin ku mengeluarkan Samsung model lama yang aku ada.

       "kcak.." aku rakam momen itu.

 Sebenarnya aku bukan la peminat kucing tegar seperti sepupuku yang bila terjumpa mana-mana kucing dibawa bersembang. Celaka juga kalau aku menafikan yang aku mudah tertarik dengan benda-benda kecil yang berbulu dan comel. Walaupun bila kau lihat kalau aku bermisai sebenarnya tiada langsung yang terpampang di wajah aku yang menunjukkan aku ini seorang yang mudah tertarik dengan benda-benda comel. Arrghh.. macam jahanam pula ayat ini.

 So, berbalik pada kucing tadi. Aku tinggalkan mereka dalam posisi mereka begitu yang menyedihkan. Terbit rasa simpati tapi bukan masanya untuk aku memikirkan kebajikan mereka pada waktu aku sedang sebok meramal hidangan apakah yang bakal kawan serumahku hidangkan pada tengahari ini. Daun pintu ku buka dan sunyi. tiada bau masakan yang enak selain bau rumah yang tiada wanginya. Aku turun kembali. melewati 3 ekor kucing tadi. Sebenarnya aku sudah tidak hiraukan mereka. Ke market, beli aiskrim conneto dan beberapa biji telur ayam berharga RM4. Lauk aku dua biji telur dadar.

 Sejam ku habiskan dengan zuhur, makan dan baring-baring. Aku mengenakan semula seluar licin ku dan turun semula menyambung sisa tugas ku hari ini. tiga anak tangga ku lewati. Kelihatan seekor kucing dewasa dikerumuni 2 daripada 3 ekor anak kucing tadi. Pasti saja itu ibunya. Fikirku. Aku sedikit kehairanan. Seekor lagi terbaring miring. Kaku. Mulanya aku hanya fikir dia tidur. tapi lojika akal pendek ku sempat mentafsir satu kemungkinan yang dangkal.
 "barangkali mati." bisik kecil ku.
Ku sentuh. Ternyata sudah tidak bernyawa.

 "Meoww!!!" Kasar bunyi ibunya mengeow. Seperti memberi amaran. Barangkali sedang merintih. Aku secara teknikal masih tidak tahu berbahasa kucing. Dan tidak mungkin aku akan tahu. Aku tergamam. sedikit terkejut. Fikiran ku cepat merewind sejam tadinya aku masih dapat melihat mereka bertindih-tindihan. Lepas tu fikiran aku kosong. aku pula yang kaku di situ.

  "Innalillahi..." ayat aku ter putus. Gila apa aku mengucapkan itu pada seekor anak kucing? aku keliru sendiri. Aku teruskan langkah. Masuk opis semula. Duduk dan menarik nafas dalam-dalam. Ya, rasa sedih, hiba menyelubung aku tiba-tiba. sehingga aku tidak merasakan yang kulit aku tersentuh oleh udara dingin yang dihembus aircond berjenama York.

"kau berpeluh Man. Dari mana?" Rakan sekerjaku mengambil berat. Aku terus diam dan meneruskan sisa tugas ku.


~ Well, cerita kucing jak la untuk pertemuan pertama setelah berapa lama ini. Komonlah... Siapa yang mau baca kalau aku tulis tentang PEMILU 13???!!! (atau cerita kucing ini pun sebenarnya tiada siapa yang ambil peduli!) -.-'