Friday, December 31, 2010

Surat Dari Laci Meja Aku

Amaran Amran yang Marah!!!


Aku datang dari planet Marikh. Jadi kalau kau rasa kau cikgu bahasa Melayu jangan mau pandai-pandai perbetulkan kesalahan tatabahasa aku kerna aku tak pernah mengikuti mana-mana bengkel bahasa yang dianjurkan Dewan Pustaka dan Bahasa apalagi menerima pingat kehormat oleh badan persuratan Melayu. Kebelakangan ni aku tersedar yang aku sudah agak kurang bercakap. Jadi aku menjumpai medium ini sebagai pengganti komunikasi aku. Semua yang aku tulis memang ada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Aku bukan bomoh mau cerita pasal benda ghaib dan entiti yang tak dapat dilihat dengan mata kasar! Di setiap mukasurat ada aku sediakan 5 petak untuk kau rait. Setiap petak membawa impak yang berbeda!

Berlaku – ini hanya bisa kau rait kalau kau rasa betul-betul puas dengan artikel aku sehinggakan kau  rasa macam nak salam perdana menteri Brazil.
Jempol – yang ni pula apabila kau merasa teruja dan tanda setuju dengan apa yang aku ketengahkan tanpa rasa segan silu dan malu-malu.
Arum – tapi bila kau rasa serba salah, konfius, sakit pinggang dan buasir bila membaca artikel aku ada lebih baik kau rait petak ini.
Out – kalau kau merasa betul-betul menyesal membaca artikel aku seperti sesalan kau di malam pertama bersama bekas kekasih kau yang sekarang bahagia dengan orang lain, ini petak yang sesuai.
Tahi – bila kau anggap gaya penulisan aku membuatkan kau berasa ingin membunuh diri kerana ketidakrelevannya, kau rait yang ini.

Tapi sekiranya kau rasa betul-betul tak puas hati dan bercadang untuk mengugut bunuh aku, luahkan saja niat murni kau di petak komen yang disediakan. Memang aku sediakan untuk kau! Orang bumi yang BODOH!!!

~Apa Kau?!~

Wednesday, December 29, 2010

Prosa Untuk Medula Oblongata

AZAM


Ahaa… Tahun baru… Walaupun tahun baru yang sebenar jatuh pada 7hb Disember hari tu – 1 muharam 1432 Hijrah, tapi umumnya masyarakat kita lebih tertumpu pada malam 31 Disember tahun Masihi setiap tahun bagi meraikan Januari tahun berikutnya…  Dan aku tetap saja terpanggil dengan milieu ini… Memang tidak dapat dipastikan secara tepat apa acara yang bakal dianjurkan dunia untuk meraikannya… apa yang pasti maksiat tetap jalan!
                ‘Sedar tak sedar, detik itu kembali…’ bait-bait lagu Halaman Asmara dendangan Awie & Ziana Zain menjadi latar untuk isu ini… apa taknya, rasa macam baru minggu lalu Januari, ni Januari lagi… Cuma tahun saja yang berubah…  Pantas benar masa berlalu sepantas Hussien Bolt (namanya aku tak berapa pasti betul ejaannya!) berlari dalam acara 100 meter dengan gaya tenangnya memecahkan rekod dunia yang sebelumnya dipegang oleh Tyson Gay…
                ‘hai… minggu depan tahun baru sudah… mesti mau buat azam baru…’
keluh opis mate aku yang duduk sebelah kaunter  ketika buat balancing petang tadi… aku yang juga kelihatan sebok mengira-ngira duit syiling 5sen tersentak seketika. Bukan pasal tahun baru tapi pasal perkataan ‘azam’ yang terpacul dari mulutnya… lama benar aku tidak mendengar perkataan itu… tiba-tiba fikiran aku mengimbas kembali bila kali terakhir orang mengajukan soalan sedemikian kepada aku dengan bertanya ‘apa azam tahun baru?’ mungkin beberapa tahun lalu ada lah satu dua orang menyoal. Dan ingat aku dulu masa study Titie Fatehah pernah tanya – ‘apa azam tahun baru?’ ‘err.. tukar nama jadi azam!’ balas ku slumber bebe… hahahah.. aku tidak pernah serius dengan azam walaupun nama aku isimnya dari azam. Apa itu azam?!
Azam menurut Kamus Dewan edisi ketiga membawa maksud – kemahuan (keinginan, cita-cita, dsb) yang sangat kuat, tujuan (yang sesungguhnya).
Jelas di situ! Sekaligus menunjukkan yang aku tiada keinginan terhadap sesuatu yang sangat kuat! Huh! Bukan aku tak pernah memasang azam. Tapi mungkin ketiadaan komitmen lah yang membuatkan segala apa yang aku rancang hanya menjadi seperti rancangan tergendala di siaran astro ketika hujan ribut! Kalau lah aku betul-betul memfokuskan satu benda tu sampai dapat, mesti apa yang aku inginkan dalam tahun tu mesti berhasil. Contohnya tak perlu jauh-jauh. Lihat saja tabung pokok pitis biru yang statik di sebelah monitor aku ni. Dua tahun berdiri di atas paksi yang sama. Bila digoncang  bunyi nyaring kedengaran menandakan ketidakpadatan isipadunya. Kalau lah aku betul-betul ada komitmen, sehari seringgit, setahun boleh jadi RM365. Dua tahun err.. 365 + 365 = RM730… Nah! Cukup untuk aku menghadiakan diri aku sendiri sehelai seluar Levi’s dan kasut NIKE sepasang di awal tahun baru. Huh! Betapa seriusnya nilai seringgit itu!
                Entah apa yang telah aku isi sepanjang tahun 2010 ni. Tapi seingat aku, ada jugalah kenangan yang terukir di dada kalendarnya. Mari aku susun mengikut urutan carta. Bukan turutan masa aa..
1.       Menonton wayang bersama Silviana
Hahahahahah… tidak pernah termimpi aku dalam umur-umur hidup ini dapat keluar dengan dia! Tengok wayang pula tu. Heheheh. Silviana, seseorang yang pernah menjadi influanced aku masa study dulu. Dia pernah menjadi minat aku secara senyap. Tanpa pengetahuan dia. Aku tiada keberanian untuk menzahirkan hasrat itu. Sehinggalah aku berkenal dengan salah seorang rakan karibnya melalui satu laman sosial yang dipanggil Facebook. Setelah enam tahun dia membongkar kembali cerita itu. Nurfaizah Abbdullah adalah wonder woman!!! Di mukasurat lain kita cerita pasal dia aa… err… Nurfaizah Abbdullah…
2.       Dapat komik KARTINI
Salah satu karya agung kartunis tananhair, Azhar Ahmad atau lebih dikenali sebagai TEMBAKAU. KARTINI banyak mempengaruhi hidup aku, terutama watak Ariyon! Betul-betul memberi kesan. Hampir dua abad aku cari komik ni. Akhirnya berjaya juga aku tatap. Dari mana? Hmm… yang ni pelik sikit. Dari salah seorang rakan rakan karib Silviana juga. Juga aku kenal melalui laman sosial yang sama dengan Nurfaizah Abbdullah. Nama mereka pun seakan sama. Dan Nurfaizah Abbdullah sanggup mati untuk untuk dia. Dia pun meminati komik itu. Sejauh mana dia minat itu aku tak tahu. Katanya cerita tu seakan-akan zaman persekolahannya. Tapi sanggup dia terbangkan komik tu dari Johor merentas Laut China Selatan pakai pos laju untuk aku. Dia adalah wonderfull woman!!! Di mukasurat lain kita cerita pasal dia aa… err.. budak wonderfull  tu…
3.       Labuan
Selain daripada Kuala Lumpur, Labuan adalah Wilayah Persekutuan yang aku hinggapi tahun 2010 ini. Bezanya Labuan first time aku ke sana dan atas dasar cinta! (Hahahahahahaha pengakuan BODOH!) aku ke sana penuh dengan harapan. Dan harapan tinggal harapan. Sempat aku bawa sekali kawan-kawan. Kepenk, Teguh, Don dan Idlan. Ke sana tanpa rancangan. Konon nak jalan-jalan. Sanggup mengikuti bot pirate untuk merentas lautan. Akhirnya semua tak berkesudahan… Di mukasurat lain kita cerita pasal dia aa.. err.. itu gadis Labuan…

So itu antara top 3 untuk tahun 2010 ni… Banyak lagi sebenarnya. Sengaja aku tak nak cerita gila-gila kami masa buat trip ke Kuala Lumpur bulan Mac hari tu. Satu kampung ke sana! Memang gila tapi ada kesah sedih yang berlaku pada salah seorang antara kami. Di mukasurat lain kita cerita aa.. heheheh…Bosan kan? 
Rileks… insya Allah kita bertemu lagi di lain mukasurat. Apa yang pasti la kan, rakan-rakan di sekeliling aku ramai yang membuang status single di tahun 2010 yang penuh dengan barakah ini. Mereka asyik dengan dendangan lagu ‘Berdua lebih baik’. Aku? Masih lagi layan lagu Tipe-X, ‘Lagi-Lagi Sendiri’!!!
                Oklah, pasang lah azam anda dan cuba fokus dengan sepenuh tenaga apa yang diazamkan. Insya Allah, berbekalkan doa dan usaha taqwa mulia, kita berjaya mengecapinya. Baik di darat mahupun di lautan. Sekian dahulu dari saya Dato Dr. Fadzilah kamsah. Assalamualaikum ya 2011!!!

  ~NAK BERENTI MEROKOK! NAK BERENTI MEROKOK! NAK BERENTI MEROKOK!~
                ~MACAM TAHUN LALU! MACAM TAHUN LALU! MACAM TAHUN LALU!~

Monday, November 22, 2010

Sudut mari Bercerita

Masa : 11:45 pm
Lokasi : Bilik aku
Cuaca : Lepas Hujan
Mood : Lepas Mengajan!


Salam Muhibbah... Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim... Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, akhirnya dengan hembusan nafas yang tersekat aku dengan gaya dudukan tidak machonya di atas kerusi plastik bulat berwarna merah yang aku sendiri lupa dari mana dan bilanya aku ambil untuk menghiasi bilik tidur aku, terpaksa memulakan penulisan di atas kertas maya ini yang aku sendiri tiada mengerti akan definisi sebenarnya... Apa orang panggil blog... ya... blog... aku tidak pernah pun mau peduli bila dan siapa yang mencipta medium untuk orang berkarya ini... apa yang penting, sekarang ini, percaya atau tidak aku kena akui yang aku sekarang bercakap dengan menggunakan jari jemari aku yang rancak menari di atas punat2 papan abjad ini yang dipanggil oleh masyarakat intelek sebagai "keyboard"...

Assalamualaikum... Sejahtera ke atas kalian yang sedang menatap di permukaan kotak cahaya yang di panggil "monitor"... Mungkin ini lah mukadimah yang paling afdal untuk aku terus menerobos ruang ruang yang semakin sempit ini...

Aku, kalau bukan kerana rokok aku habis! Kalau bukan kerana hebatnya rasa Nescafe classic yang aku hirup ini! Mungkin aku terpaksa tunda lagi rencana aku untuk berkata2 di permukaan putih salju ini... Blog ni aku start bangunkan 31hb 10 hari tu... Tapi oleh kerana perasaan malas yang terus membelenggu, aku biarkan ianya kosong... Mana aku tau mau buat ni sebenarnya... Lama sudah aku kepingin kononnya mau berkata2 pakai tulisan... Puas aku cari buku2 rujukan... Yang aku jumpa buku 'buat duit dengan Blog' oleh Yazid Yahya... Bulan 3 hari tu aku beli di kedai mamak yang selalu aku lepak menyirup rokok Winston merah batang2... sedikit tidak sebanyak yang aku pelajari daripada buku tersebut... aku kurang paham atau mungkin aku tidak lah sebijak yang disangkakan awek2 sekolah yang comel2 yang seringkali melirik manja kepada ku masa aku sibuk membuat akaun biasiswa dorang... huh!
Mungkin juga aku terlalu obses dengan drama tv8 yang ditayangkan setiap hari ahad pukul 11:30 pagi itu, "blogger boy"...  Sampai sekarang aku tidak tahu akan kesudahan drama tersebut... Aku selalu missed...

Terima kasih buat Shamimi Othman yang memberi tunjuk ajar melalui talian mudah alihnya... daripadanya aku dapat kekuatan untuk menjanakan keupayaan otak aku yang beku ini untuk berfikir serta mengupas tentang apa yang cuba disampaikannya demi aku untuk mencipta blog ini.... buruk blog ini, menunjukkan tahap kuasa gelombang otak aku untuk mengepam hormon kreatif memang diperingkat yang lemah!

Tapi sila izinkan aku untuk mencuba... Menulis ini pun aku buat secara live... Tiada main rangka2 seperti korang buat masa paper BM kertas 2 masa SPM dulu... Hahahahahah!

But at the start of a story, you must say something about yourself...
Nama aku Azman.... Azman Shah... (second year almost third in this financial institution - trying to change at other department with full ability).
What do I say... Living in a place like this... I feel shy even to introduce myself...
Besides, who would care? Statistics - wise, theres proof I exist among 26 million of Malaysians people... 1.3 juta dari rakyat Sabah (nda tau la plak kan kalau berubah sudah statistik ni... maklumlah rugal memang banyak di Sabah ni... )..
This can't be denied. I exist! Body and soul, all vital parts. A complete man.


Economy - wise, though. I'm sorry to say that lately my position bit by bit, moment by moment, second by second, proves to be heading for the dumps.
But no problem. Economic slump, don't last.
What bother me a bit right now (let me frank) is ~

i) socially, I'm still what some might call a mess... messy... whatever.

That's one... number two is 'about a girl'.
A girl that I knew about three(3) months ago...




zzzz.... zzzzz....
.....................................................

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya IdulAdha

Selamat menyambut hari raya qurban 10 Zulhijjah 1431, 17 November 2010...
Aku masih lagi duduk... menonton Adamaya yg aku copy dari member... dulu waktu main d tv3 aku malas mau tingu... ntah la.. bukan aku x support drama melayu, layan... tp mungkin mas tu aku masih lagi x berapa mau perasaan tentang perasaan ku terhadap drama... ye la... bz jak... pulang keja trus lepak bilik... huh... so skg pukul 3 pagi... rasanya mau tidur luk la... nt mau p masjid al-falah... sembahyang raya mesti mau sana...



Nite...