Friday, December 31, 2010

Surat Dari Laci Meja Aku

Amaran Amran yang Marah!!!


Aku datang dari planet Marikh. Jadi kalau kau rasa kau cikgu bahasa Melayu jangan mau pandai-pandai perbetulkan kesalahan tatabahasa aku kerna aku tak pernah mengikuti mana-mana bengkel bahasa yang dianjurkan Dewan Pustaka dan Bahasa apalagi menerima pingat kehormat oleh badan persuratan Melayu. Kebelakangan ni aku tersedar yang aku sudah agak kurang bercakap. Jadi aku menjumpai medium ini sebagai pengganti komunikasi aku. Semua yang aku tulis memang ada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Aku bukan bomoh mau cerita pasal benda ghaib dan entiti yang tak dapat dilihat dengan mata kasar! Di setiap mukasurat ada aku sediakan 5 petak untuk kau rait. Setiap petak membawa impak yang berbeda!

Berlaku – ini hanya bisa kau rait kalau kau rasa betul-betul puas dengan artikel aku sehinggakan kau  rasa macam nak salam perdana menteri Brazil.
Jempol – yang ni pula apabila kau merasa teruja dan tanda setuju dengan apa yang aku ketengahkan tanpa rasa segan silu dan malu-malu.
Arum – tapi bila kau rasa serba salah, konfius, sakit pinggang dan buasir bila membaca artikel aku ada lebih baik kau rait petak ini.
Out – kalau kau merasa betul-betul menyesal membaca artikel aku seperti sesalan kau di malam pertama bersama bekas kekasih kau yang sekarang bahagia dengan orang lain, ini petak yang sesuai.
Tahi – bila kau anggap gaya penulisan aku membuatkan kau berasa ingin membunuh diri kerana ketidakrelevannya, kau rait yang ini.

Tapi sekiranya kau rasa betul-betul tak puas hati dan bercadang untuk mengugut bunuh aku, luahkan saja niat murni kau di petak komen yang disediakan. Memang aku sediakan untuk kau! Orang bumi yang BODOH!!!

~Apa Kau?!~

4 comments: