Wednesday, December 29, 2010

Prosa Untuk Medula Oblongata

AZAM


Ahaa… Tahun baru… Walaupun tahun baru yang sebenar jatuh pada 7hb Disember hari tu – 1 muharam 1432 Hijrah, tapi umumnya masyarakat kita lebih tertumpu pada malam 31 Disember tahun Masihi setiap tahun bagi meraikan Januari tahun berikutnya…  Dan aku tetap saja terpanggil dengan milieu ini… Memang tidak dapat dipastikan secara tepat apa acara yang bakal dianjurkan dunia untuk meraikannya… apa yang pasti maksiat tetap jalan!
                ‘Sedar tak sedar, detik itu kembali…’ bait-bait lagu Halaman Asmara dendangan Awie & Ziana Zain menjadi latar untuk isu ini… apa taknya, rasa macam baru minggu lalu Januari, ni Januari lagi… Cuma tahun saja yang berubah…  Pantas benar masa berlalu sepantas Hussien Bolt (namanya aku tak berapa pasti betul ejaannya!) berlari dalam acara 100 meter dengan gaya tenangnya memecahkan rekod dunia yang sebelumnya dipegang oleh Tyson Gay…
                ‘hai… minggu depan tahun baru sudah… mesti mau buat azam baru…’
keluh opis mate aku yang duduk sebelah kaunter  ketika buat balancing petang tadi… aku yang juga kelihatan sebok mengira-ngira duit syiling 5sen tersentak seketika. Bukan pasal tahun baru tapi pasal perkataan ‘azam’ yang terpacul dari mulutnya… lama benar aku tidak mendengar perkataan itu… tiba-tiba fikiran aku mengimbas kembali bila kali terakhir orang mengajukan soalan sedemikian kepada aku dengan bertanya ‘apa azam tahun baru?’ mungkin beberapa tahun lalu ada lah satu dua orang menyoal. Dan ingat aku dulu masa study Titie Fatehah pernah tanya – ‘apa azam tahun baru?’ ‘err.. tukar nama jadi azam!’ balas ku slumber bebe… hahahah.. aku tidak pernah serius dengan azam walaupun nama aku isimnya dari azam. Apa itu azam?!
Azam menurut Kamus Dewan edisi ketiga membawa maksud – kemahuan (keinginan, cita-cita, dsb) yang sangat kuat, tujuan (yang sesungguhnya).
Jelas di situ! Sekaligus menunjukkan yang aku tiada keinginan terhadap sesuatu yang sangat kuat! Huh! Bukan aku tak pernah memasang azam. Tapi mungkin ketiadaan komitmen lah yang membuatkan segala apa yang aku rancang hanya menjadi seperti rancangan tergendala di siaran astro ketika hujan ribut! Kalau lah aku betul-betul memfokuskan satu benda tu sampai dapat, mesti apa yang aku inginkan dalam tahun tu mesti berhasil. Contohnya tak perlu jauh-jauh. Lihat saja tabung pokok pitis biru yang statik di sebelah monitor aku ni. Dua tahun berdiri di atas paksi yang sama. Bila digoncang  bunyi nyaring kedengaran menandakan ketidakpadatan isipadunya. Kalau lah aku betul-betul ada komitmen, sehari seringgit, setahun boleh jadi RM365. Dua tahun err.. 365 + 365 = RM730… Nah! Cukup untuk aku menghadiakan diri aku sendiri sehelai seluar Levi’s dan kasut NIKE sepasang di awal tahun baru. Huh! Betapa seriusnya nilai seringgit itu!
                Entah apa yang telah aku isi sepanjang tahun 2010 ni. Tapi seingat aku, ada jugalah kenangan yang terukir di dada kalendarnya. Mari aku susun mengikut urutan carta. Bukan turutan masa aa..
1.       Menonton wayang bersama Silviana
Hahahahahah… tidak pernah termimpi aku dalam umur-umur hidup ini dapat keluar dengan dia! Tengok wayang pula tu. Heheheh. Silviana, seseorang yang pernah menjadi influanced aku masa study dulu. Dia pernah menjadi minat aku secara senyap. Tanpa pengetahuan dia. Aku tiada keberanian untuk menzahirkan hasrat itu. Sehinggalah aku berkenal dengan salah seorang rakan karibnya melalui satu laman sosial yang dipanggil Facebook. Setelah enam tahun dia membongkar kembali cerita itu. Nurfaizah Abbdullah adalah wonder woman!!! Di mukasurat lain kita cerita pasal dia aa… err… Nurfaizah Abbdullah…
2.       Dapat komik KARTINI
Salah satu karya agung kartunis tananhair, Azhar Ahmad atau lebih dikenali sebagai TEMBAKAU. KARTINI banyak mempengaruhi hidup aku, terutama watak Ariyon! Betul-betul memberi kesan. Hampir dua abad aku cari komik ni. Akhirnya berjaya juga aku tatap. Dari mana? Hmm… yang ni pelik sikit. Dari salah seorang rakan rakan karib Silviana juga. Juga aku kenal melalui laman sosial yang sama dengan Nurfaizah Abbdullah. Nama mereka pun seakan sama. Dan Nurfaizah Abbdullah sanggup mati untuk untuk dia. Dia pun meminati komik itu. Sejauh mana dia minat itu aku tak tahu. Katanya cerita tu seakan-akan zaman persekolahannya. Tapi sanggup dia terbangkan komik tu dari Johor merentas Laut China Selatan pakai pos laju untuk aku. Dia adalah wonderfull woman!!! Di mukasurat lain kita cerita pasal dia aa… err.. budak wonderfull  tu…
3.       Labuan
Selain daripada Kuala Lumpur, Labuan adalah Wilayah Persekutuan yang aku hinggapi tahun 2010 ini. Bezanya Labuan first time aku ke sana dan atas dasar cinta! (Hahahahahahaha pengakuan BODOH!) aku ke sana penuh dengan harapan. Dan harapan tinggal harapan. Sempat aku bawa sekali kawan-kawan. Kepenk, Teguh, Don dan Idlan. Ke sana tanpa rancangan. Konon nak jalan-jalan. Sanggup mengikuti bot pirate untuk merentas lautan. Akhirnya semua tak berkesudahan… Di mukasurat lain kita cerita pasal dia aa.. err.. itu gadis Labuan…

So itu antara top 3 untuk tahun 2010 ni… Banyak lagi sebenarnya. Sengaja aku tak nak cerita gila-gila kami masa buat trip ke Kuala Lumpur bulan Mac hari tu. Satu kampung ke sana! Memang gila tapi ada kesah sedih yang berlaku pada salah seorang antara kami. Di mukasurat lain kita cerita aa.. heheheh…Bosan kan? 
Rileks… insya Allah kita bertemu lagi di lain mukasurat. Apa yang pasti la kan, rakan-rakan di sekeliling aku ramai yang membuang status single di tahun 2010 yang penuh dengan barakah ini. Mereka asyik dengan dendangan lagu ‘Berdua lebih baik’. Aku? Masih lagi layan lagu Tipe-X, ‘Lagi-Lagi Sendiri’!!!
                Oklah, pasang lah azam anda dan cuba fokus dengan sepenuh tenaga apa yang diazamkan. Insya Allah, berbekalkan doa dan usaha taqwa mulia, kita berjaya mengecapinya. Baik di darat mahupun di lautan. Sekian dahulu dari saya Dato Dr. Fadzilah kamsah. Assalamualaikum ya 2011!!!

  ~NAK BERENTI MEROKOK! NAK BERENTI MEROKOK! NAK BERENTI MEROKOK!~
                ~MACAM TAHUN LALU! MACAM TAHUN LALU! MACAM TAHUN LALU!~

2 comments:

  1. gigh tak aku cari blog ko? happy writing!

    u WILL be my MOST favorite blogger. keh keh keh

    ReplyDelete